Input your search keywords and press Enter.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 Bermula Hari Ini

M Update, 20/11/2022 – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 akan bersidang secara rasmi selama dua hari bermula hari ini di Istana Negara.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan mempengerusikan mesyuarat yang dijadual berlangsung jam 10.30 pagi ini.

Kali terakhir  Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan adalah pada 29 Jun lalu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.

Mesyuarat dijangka menyentuh perkembangan semasa dalam negara serta cabaran mendatang termasuk ekonomi.

Agenda lain dijangka turut disentuh ialah kemajuan hal ehwal agama Islam dan pembaharuan institusi Islam negara selain taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara.

Turut akan berangkat sama ke mesyuarat ini ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri. – Buletin TV3