Input your search keywords and press Enter.

Kanak-kanak Lelaki Hilang Dihanyutkan Banjir Ditemui Lemas

Foto: JBPM

M Update, 02/03/2023 – Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur, Pekan dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini. 

Mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, ditemukan pada 12.10 tengah hari kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai hilang. 

Muhammad Hafizhan dilaporkan hilang selepas disyaki tergelincir di tebing alur ladang kelapa sawit yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas, sebelum dibawa arus ke anak sungai tersebut.