Input your search keywords and press Enter.

Akui Masih Sayang Isteri, Hafidz Mahu Berbaik

M Update, 13/03/2023 – Pada Sabtu lepas, Pelakon Hafidz Roshdi memberi tempoh 48 jam kepada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk tampil membuat permohonan maaf serta menarik balik sebarang penerbitan umum termasuk foto keluarga yang berkait dengan isu rumah tangganya.

Pagi tadi, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Mahkamah juga memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan pada 28 Mac ini bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan.

Bagaimanapun, Hafidz Roshdi mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.

“Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” katanya kepada pemberita selepas diikat jamin pada Isnin.

Menurut peguam belanya, Datuk Akberdin Abdul Kader, anak guamnya itu mula kehilangan pendapatan selepas beberapa syarikat produksi menarik balik tawaran berlakon kepadanya. Ini susulan kontroversi akibat menumbuk isterinya dua minggu lalu itu.

Semoga konflik yang terjadi antara pasangan suami isteri ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.