Input your search keywords and press Enter.

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 22 Mac

M Update, 15/03/2023 – Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia telah ditetapkan pada petang, Rabu 22 Mac ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.

Menurut kenyataan itu, 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Lokasi lain di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah, Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berinchang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” katanya.