Input your search keywords and press Enter.

Cari Jalan Pendekkan Tempoh Bicara Di Mahkamah Syariah

M Update, 15/03/2023 – Seringkali kita mendengar apabila melibatkan isu perbicaraan mahkamah syariah ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang syariah perlu mencari jalan penyelesaian dalam usaha memendekkan tempoh perbicaraan membabitkan kes-kes di Mahkamah Syariah.

Sekiranya kes-kes syariah berpanjangan boleh menyebabkan berlaku kezaliman kepada mereka yang terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes itu untuk diselesaikan. Oleh itu, peguam-peguam syarie perlu mencari idea bagaimana nak pastikan tempoh penyelesaian sesuatu kes dapat dipendekkan dan disegerakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihak berkaitan perlu bijak dalam mengimbangkan bagaimana cara untuk mencepatkan kes tetapi dalam masa sama tidak memprejudiskan isu keadilan supaya tiada pihak yang teraniaya.

Sementara itu, mengenai isu peningkatan kos haji dan umrah, Mohd. Na’im berkata, akan ada pengumuman berkenaan perkara itu kelak.