Input your search keywords and press Enter.

Tragedi Makan Ikan Buntal, Isteri Maut Suami Masuk ICU

Foto Media Sosial

M update, 29/03/2023 – Bila disebut ikan buntal, umum pasti terbayang hidupan marin yang berduri serta memiliki racun yang boleh membawa maut.

Seorang wanita maut, manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas memakan hidangan ikan buntal. Pasangan suami isteri itu mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui Facebook (FB).

Selepas makan hidangan berkenaan, mangsa mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 5 petang kemudian disahkan maut dua jam kemudian. Manakala suaminya pula alami gejala sama sejam kemudian selepas isterinya alami gejala itu. Difahamkan ini adalah kali pertama pasangan berkenaan makan masakan berasaskan ikan buntal.

Foto: Media Sosial

Mrereka mendapat bekalan ikan tersebut pada pagi 25 Mac 2023. Ikan dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging khinzir.

Siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperolehi dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat. Penjual ikan berkenaan juga berasal dari Batu Pahat. Beliau mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau dan telah menjual ikan tersebut kepada beberapa pelanggan lain. Walau bagaimanapun, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui.