Input your search keywords and press Enter.

STPM Diiktiraf Antarabangsa, Tiada Keperluan Mansuh Tingkatan Enam

M Update, 28/03/2023 – Pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai agar mencadangkan kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program Matrikulasi.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Ini kerana kewujudannya itu bertujuan untuk pastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa… STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

Selain itu, Tingkatan Enam mencakupi peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan diberi jaminan bahawa ia mesti wujud serta diteruskan.

Seluruh universiti awam di negara kita iktiraf kelulusan ini, malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia iktiraf sijil STPM, jadi lulusan Tingkatan Enam ini boleh lanjut pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel juga Timur Tengah ujar Fadhlina.

Tingkatan Enam juga ini bertujuan memberi akses seluas-seluasnya kepada lepasan menengah, menerusi 643 pusat Tingkatan Enam pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara dan mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.