Input your search keywords and press Enter.

Empat Lelaki Ditahan, Rampas 627 Kotak Mercun Bernilai RM1 Juta

Foto: FB Polis Daerah Kuala Langat

M update, 05/04/2023 – Polis menahan empat lelaki tempatan dan merampas 627 kotak pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM1 juta dalam satu serbuan di sebuah stor di sekitar Banting semalam. Mereka sedang leka memunggah pelbagai jenis mercun dari sebuah lori ke dalam gudang ketika dicekup.

Dalam serbuan pada pukul 6 petang itu, polis menahan kesemua suspek berusia 19 hingga 39 tahun. Mercun berkenaan dibawa dari Klang sebelum disimpan gudang yang dipercayai telah beroperasi sejak Januari lalu.

Hasil semakan mendapati keempat-empat suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan gudang penyimpanan berkenaan belum mendapat sebarang kebenaran dari pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menawarkan apa-apa penjualan mercun secara terbuka tanpa mendapatkan permit daripada pihak polis. Pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera tampil melaporkan di balai polis berdekatan sekiranya terdapat penjualan mercun tanpa lesen.