Input your search keywords and press Enter.

Bakal Jemaah Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio

M Update, 04/04/2023 – Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa haji ke Arab Saudi tahun ini.

Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji (TH) berkata semua bakal haji digesa untuk memuat turun sendiri aplikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar masing-masing menerusi Google Play store atau Apple app store.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata langkah muat turun aplikasi berkenaan merangkumi empat proses mudah iaitu: 

  • Melengkapkan alamat e-mel
  • Memuatnaik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia
  • Imbasan Muka
  • Imbasan 10 jari (biometrik)

“Bakal haji akan menerima emel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi telah berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi tersebut melalui emel yang didaftarkan. Bakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport mereka kepada TH setelah mendapat pengesahan ini bagi TH memproses visa haji bakal haji berkenaan menurutnya.

Aplikasi Saudi Visa Bio adalah satu lagi inovasi baharu yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini, bertujuan memudahkan permohonan visa selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah.

Malaysia adalah antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Maghribi yang dipilih untuk projek perintis ini mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang telah menerima pelbagai pengiktirafan

antarabangsa dan kemudahan dari kerajaan Arab Saudi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio ini sila layari laman web rasmi www.tabunghaji.gov.my atau Media Sosial Rasmi TH.