Input your search keywords and press Enter.

Tak Perlu Buat Pembelian Panik, Bahan Mentah Mencukupi

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 17/04/2023 – Orang ramai tak perlu buat pembelian panik sempena sambutan perayaan Aidilfitri ini. Ini kerana bekalan bahan mentah mencukupi. Menurut KPDN, pihaknya sentiasa akan memastikan bekalan bahan mentah termasuk ayam, telur dan sayur mencukupi.

Pihak penguatkuasa juga sentiasa akan memantau bekalan setiap hari bagi memastikan ia mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Aidilfitri. Sehubungan itu, orang ramai tak perlu mebuat pembelian panik dan berbelanjalah dengan gembira kerana bekalan bahan mentah dijamin mencukupi.

Selain itu, orang ramai diminta membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan melebihi had ditetapkan.