Input your search keywords and press Enter.

‘Renew’ Lesen 10 Tahun: Tindakan Terhadap Pesalah Tetap Diambil

M Update, 09/05/2023 – Walaupun pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) telah memperbaharui lesen untuk tempoh 10 tahun, tindakan penguatkuasaan tetap akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan jalan raya. Tiada siapa yang akan terlepas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai sistem yang mampu mengesan pesalah dan tindakan seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu tetap dilakukan.

“Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tidak bayar saman dan sebagainya, kami ada cara lain iaitu digital.

“Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan telah memulakan dasar baharu dengan membenarkan pemegang lesen memandu bagi semua kategori mendapat diskaun 10 peratus sekiranya memperbaharui tempoh 10 tahun.

Mereka cuma perlu bayar RM270 berbanding RM300. Itu merupakan dasar baharu yang diperkenalkan oleh JPJ untuk memudahkan orang ramai. Anthony berkata, dia menerima banyak maklum balas dan permintaan daripada orang ramai tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dipanjangkan.