Input your search keywords and press Enter.

Jangan Takut Keluar Mengundi – KPN

M Update, 07/07/2023 – Masyarakat tidak perlu khuatir untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri bermula 12 Ogos nanti. Pihak PDRM memberi jaminan suasana sepanjang PRN kelak akan berlangsung dengan aman dan tenteram.

Sudah menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan proses pengundian berjalan dengan teratur dan lancar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pemantauan akan dijalankan bagi memastikan pengundi dapat mengundi dengan teratur dan selamat untuk keluar mengundi. Jadi, pengundi tak perlu takut untuk keluar mengundi.

Jangan takut atau bimbang untuk keluar mengundi kerana pihak polis akan memastikan keselamatan sentiasa terjamin. Laksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin. Buat pilihan yang terbaik.