Input your search keywords and press Enter.

Cukai Jalan Fizikal Masih Ada, JPJ Diarah Turun Notis

M Update, 03/08/2023 – Kementerian Pengangkutan belum lagi menetapkan tarikh mutlak bagi transisi cukai jalan fizikal kepada digital sepenuhnya, malah rakyat masih diberi pilihan untuk menggunakan cukai jalan secara fizikal.

Oleh kerana itu, arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ, Rospiagos Taha kepada beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal bermula 1 Ogos 2023, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Stiker cukai jalan fizikal masih dikeluarkan cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi mereka letak notis tiada lagi cukai jalan fizikal tapi itu bukan keputusan dasar.

Menurut Anthony, keputusan belum lagi dibuat, ia akan mengambil tempoh enam bulan hingga setahun sebelum dapat bertukar sepenuhnya kepada digital, tapi akan sampai masa kita kata semuanya akan ditukar kepada digital sepenuhnya,” katanya.

Bermula 10 Februari lepas, Anthony mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tempatan tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing, sebaliknya boleh menggunakan mod paparan digital.