Input your search keywords and press Enter.

Talian Pascabayar: Kerajaan Umum Pakej Istimewa Buat Penjawat Awam Hari Ini

M Update, 07/08/2023 – Kerajaan akan mengumumkan pakej talian pascabayar khusus untuk penjawat awam hari ini (Isnin), kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semalam.

Beliau berkata, pakej istimewa itu ditawarkan ekoran rungutan yang diterima daripada petugas barisan hadapan di lapangan berkaitan harga langganan talian pascabayar ketika ini.

Selain itu, perbincangan mengenai pakej talian pascabayar bagi petugas media pula akan dibuat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) hari ini dan keputusannya akan diumumkan pada masa akan datang.

Pada 31 Julai lepas, Fahmi dilaporkan berkata, harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai.