Input your search keywords and press Enter.

Harga Petrol Diesel Kekal Hingga 30 Ogos

M Update, 24/08/2023 – Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 24 hingga 30 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan semalam memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

Bagi melindungi pengguna kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.