Input your search keywords and press Enter.

‘Fatwa’ Politik: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin

M Update, 04/09/2023 – Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Katanya, PDRM menerima satu laporan terhadap Muhyiddin yang dibuat di sebuah balai polis di ibu negara dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. 

Pihak polis akan mengambil keterangan beliau (Muhyiddin) dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular satu video dalam media sosial menunjukkan bekas Perdana Menteri itu dikatakan mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi calon PH, Suhaizan Kayat.

Inikah pemimpin yang kita mahukan? Berpolitiklah secara matang. Hentikan segala kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.