Input your search keywords and press Enter.

Tiada Rombakan Kabinet Hari Ini – PM Anwar

M Update, 04/10/2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti diperkatakan sesetengah pihak.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan rombakan Kabinet selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau turut menjelaskan tujuannya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet seperti kebiasaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tidak akan berlaku rombakan kabinet pada Rabu seperti mana yang telah dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan.