Input your search keywords and press Enter.

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Jepun

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 02/01/2024 – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit atau terjejas dalam kejadian gempa bumi dengan skala ritcher 7.6 magnitud melanda kawasan tengah dan barat Jepun semalam.

Wisma Putra memaklumkan, pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi berkenaan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Gempa bumi itu dengan magnitud 7.6, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) dan e-mel mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurut kenyataan tersebut.