Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Boleh Guna PADU Tanpa Was – Was

M update, 03/01/2023 – Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Pembangunan sistem itu yang turut membabitkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menunjukkan aspek keselamatan siber dititikberatkan.

JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.

“Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PADU yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri pula, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PADU merupakan suatu pangakalan data keterhadapan yang akan membantu kerajaan melakukan penjimatan dan memastikan rakyat yang berhak mendapat subsidi.

Ahmad Zahid berkata, PADU harus dilaksanakan segera supaya penjimatan dapat dilakukan agar lebih banyak program pembangunan dapat disalurkan melalui penjimatan itu.