Input your search keywords and press Enter.

Banjir Terengganu – 29 Mangsa Ditempatkan Di 3 PPS

M Update, 24/01/2024 – Seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas akibat banjir di Marang, Terengganu berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah itu, setakat malam ini.

Terengganu dilanda banjir gelombang keempat dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam semalam.