Input your search keywords and press Enter.

YDPA – Kenangan Manis Kembara Kenali Borneo

M Update, 24/01/2024 – Sudah lebih empat bulan Kembara Kenali Borneo melabuhkan tirainya, namun lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dua lagu yang terkenal dalam kalangan rakyat Sarawak dan Sabah itu sering dimainkan dalam kembara di negeri berkenaan pada September tahun lepas.

Lagu Iban bertajuk Bekikis Bulu Betis yang dicipta dan dinyanyikan Andrewson Ngalai dan Hanya di Sabah oleh penyanyi Dabra Sia, merupakan antara “lagu wajib” yang sering dimainkan sepanjang majlis keramaian di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu itu.

Menerusi Kembara Kenali Borneo, Nazim berkata, sifat Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang baik hati dan merendah diri amat terserlah apabila tanpa segan dan kekok, baginda berdua beramah mesra dengan rakyat jelata serta makan dan berhibur bersama-sama.

Sehingga kini, Seri Paduka masih menyimpan rasa teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak, walaupun pada awalnya tujuan utama baginda berdua hanyalah untuk bercuti di kedua-dua negeri itu.

Sumber : Bernama