M Update, 05/02/2024 – Hari ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuat kuasa 23 November 2023.
Sultan Selangor turut berkenan melantik Datin Noraini Roslan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang mengikut Subseksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Majlis Perbandaran Klang telah pun menjadi sebuah Bandar Raya Diraja buat selama-lamanya dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang berkuat kuasa 23 November lepas.
Dengan itu, gelaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang mulai hari ini.