Input your search keywords and press Enter.

Harga Ayam Naik Lagi?????

M Update, 05/02/2024 – Dalam tempoh 2 minggu ni, dah 3 kali harga ayam naik termasuk hari ini. Harga ayam segar yang dijual di sekitar bandar raya ini naik 30 sen kepada RM9.80 sekilogram, mulai hari ini di Johor Bahru.

Keadaan d asar basah di sekitar Perling, Tampoi dan Skudai mendapati kenaikan harga ayam segar itu menyebabkan jualan ayam segar tidak serancak sebelum ini, malah pelanggan dilihat lebih banyak membeli bahagian tertentu ayam diperlukan saja.

Peniaga ayam segar, Daud Ismail, 40, berkata kenaikan harga ayam mentah yang semakin kerap itu memberi tekanan kepada peniaga yang kini semakin terhimpit.

Sebelum ini harga ayam segar hanya RM7.90 sekilogram, namun selepas tiga kali kenaikan, kami peniaga terpaksa menjual dengan harga RM9.80 sekilogram mulai hari ini.

Ia tidak dapat dielakkan berikutan harga ayam datang daripada pembekal RM8.70 hingga RM9.10 sekilogram hari ini (semalam), jadi kami hanya dapat untung RM1.10 saja atau kurang RM1 setiap kilogram dengan tanggungan sewa lot niaga, gaji pekerja dan bil utiliti.

Hari ini, pembekal memberi bayangan harga ayam segar akan naik lagi sehari dua menjelang Tahun Baharu Cina nanti dengan alasan bekalan terhad, selain permintaan tinggi kerana perayaan.