Input your search keywords and press Enter.

PATI Dihantar Pulang Hari Ini

M Update, 07/02/2024 – Jabatan Imigresen Negeri Sabah menjalankan proses penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Sandakan hari ini dengan menaiki empat buah bas.

Semua PATI yang ditahan di Depot Imigresen ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Jabatan Imigresen Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.