Input your search keywords and press Enter.

Tahun Baru Cina – Larangan Kenderaan Berat Guna Jalan Raya

M Update, 07/02/2024 – Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya selama 4 hari bermula 8, 9, 12 dan 13 Februari 2024 sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan yang bakal tiba.

Larangan ini bertujuan bagi memastikan kelancaran trafik bagi mereka yang hendak pulang ke kampung atau bercuti.

Tindakan tegas akan dikenakan bagi mana-mana syarikat atau individu yang tidak mematuhi larangan berkenaan,.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu lebih-lebih lagi ketika musim perayaan dan cuti sekolah yang mana jalan raya di seluruh negara bakal mengalami kesesakan yang luar biasa.