Input your search keywords and press Enter.

UPP Diaktifkan Semula

M Update, 07/02/2024 – Setelah sekian lama tidak beroperasi, disebabkan oleh pandemik COVID-19, Unit Polis Pelancong kini diaktifkan semula. Idea mengaktifkan semula UPP adalah daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

MOTAC turut bekerjasama dengan IPK Kuala Lumpur dalam memberi kursus kepada 120 anggota polis untuk meningkatkan profesionalisme. Mereka yang dipilih ini adalah anggota yang tinggi profesionalisme tetapi kita mahu tingkatkan lagi kemahiran dari segi bagaimana untuk melayan pelancong.

Sejak diaktifkan semula sejak 2 Oktober lalu, sebanyak 33 kes membabitkan pelancong sudah dilaporkan. Ini bukanlah suatu pembaziran, mana lagi pelancong mahu minta pertolongan dan bantuan jika tiada tempat yang khusus mereka. Ini adalah inisiatif untuk kita meningkatkan keberadaan pelancong asing di negara kita.

Polis pelancong akan memantau keadaan dengan berjalan kaki, menaiki motosikal dan kereta peronda supaya kehadiran mereka dirasai. Semua kes berkaitan pelancong termasuk kehilangan pasport akan diuruskan. Walaupun bukan di bawah PDRM secara langsung, tetapi polis pelancong telah dilatih bagaimana untuk membantu pelancong kehilangan pasport.