Input your search keywords and press Enter.

KPN Tegur Semua Ketua Polis

M Update, 08/02/2024 – Kesemua Ketua Polis Daerah (KPD) di Kuala Lumpur perlu mengambil teguran Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mahu mereka memantau pegawai dan anggota bawahan yang hidup mewah, sebagai nasihat untuk meningkatkan lagi integriti pasukan.

Teguran KPN Razarudin semasa perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPD Semenanjung Malaysia itu bermakna pasukan berkenaan bersungguh-sungguh mahu menghapuskan amalan rasuah – Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid

Memelihara integriti dan tatakelola pasukan PDRM merupakan tanggungjawab semua dan bukan hanya terletak pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard sahaja.

PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah laku dan tindakan akan dikenakan tanpa mengira pangkat pelaku berkenaan.