Input your search keywords and press Enter.

Op Selamat: PDRM Awasi 54 Lokasi Hotspot & Blackspot

M Update, 08/02/2024 – PDRM akan mempertingkatkan pengawasannya di 18 lokasi ‘hotspot’ dan 46 lokasi ‘blackspot’ di lebuh raya seluruh negara sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina ke-21 bermula hari ini 8 Februari 2024.

Lokasi hotspot adalah kawasan yang kerap berlaku kesesakan lalu-lintas manakala lokasi blackspot adalah lokasi yang sering berlaku kemalangan.

Sempena Op Selamat ke-21 ini seramai 6,559 pegawai dan anggota akan ditugaskan bermula hari ini, 8 Februari hingga 13 Februari 2024, di seluruh negara.

Orang ramai perlu berhati-hati dan rancang perjalanan sebaiknya kerana dijangka pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya kerana orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti perayaan dan cuti sekolah.