M Update, 08/02/2024 – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama meningkat pagi ini susulan pertambahan kenderaan berikutan cuti panjang sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini.
Aliran trafik mula meningkat di Permatang Pauh-Perai, Slim River-Sungkai, Setia Alam-Shah Alam dan Bandar Gamuda Cove-Bandar Saujana Putra.
Aliran trafik dijangka terus meningkat petang ini selepas waktu bekerja dan orang ramai mengambil peluang tol percuma selama dua hari bermula hari ini