Input your search keywords and press Enter.

Op Noda – Seronok Berpesta???

M Update, 09/02/2024 – Semalam, polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu.

Semua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga ke 40-an dan mereka terdiri daripada rakyat China, Nepal, Pakistan, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia selain warga tempatan.

34 wanita yang ditahan itu, 20 adalah pelacur manakala selebihnya adalah warga asing yang menyewa bilik di hotel tersebut.

Modus operandi mereka adalah pelacur ini akan mencari pelanggan di lobi hotel sebelum dibawa ke tingkat atas dan mengenakan bayaran sekitar RM50 hingga RM100.