Input your search keywords and press Enter.

Program Kepimpinan Muda TH

M Update, 09/02/2024 – Seramai 88 pelajar sekolah seluruh Selangor diberi pendedahan melalui Siri Program Kepimpinan Muda TH 2024 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai usaha menggilap bakat kepimpinan dalam generasi muda.

Program ini menghimpunkan pemimpin pelajar dan pelajar cemerlang dari 22 sekolah luar bandar terpilih, yang mempunyai potensi untuk meningkatkan kemahiran daya kepimpinan melalui pelbagai pengisian interaktif dan bermanfaat.

Pelajar-pelajar ini berpeluang menimba ilmu dan pengalaman daripada tokoh industri berjaya menerusi Siri Program Kepimpinan Muda yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH).

TH amat prihatin dan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap sebarang usaha pembangunan generasi muda, terutama dalam kalangan pelajar luar bandar yang mungkin lebih memerlukan dari sudut pendedahan serta kemudahan dan kelengkapan pembelajaran agar dapat bergerak seiring kemajuan semasa. 

Sebab itulah TH mencetuskan idea untuk membina satu program modul kepimpinan yang kolektif bagi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berkualiti, sekali gus menjadi duta remaja TH.