Input your search keywords and press Enter.

Syabas Kerana Berani!

M Update, 09/02/2024 – PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada badan penguatkuasaan di negara ini dan bangga atas keberanian mereka mengambil tindakan tegas terhadap perasuah dan penjenayah.

Tindakan profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap kumpulan yang merompak kekayaan negara mampu membawa perubahan kepada negara untuk kembali hebat serta dikagumi dunia selain menyelesaikan masalah rakyat.

Semua penjawat awam digesa untuk membantu usaha kerajaan menyelamatkan negara dan menolak amalan rasuah.

Janganlah pihak yang mempertikai ketegasan kerajaan mengambil tindakan tegas kepada segelintir individu disyaki terbabit membolot harta negara kerana itu adalah sepatutnya untuk mengelakkan negara kita rosak binasa.