Input your search keywords and press Enter.

‘Sulu Fraud Vs Malaysia’s Truth’

M Update, 13/02/2024 – Bagi memperingati pencapaian dan kejayaan Kerajaan Malaysia setakat ini dalam menangkis tuntutan palsu Kumpulan Sulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melancarkan buku elektronik (e-buku) “Sulu Fraud vs Malaysia’s Truth” semalam.

Buku itu adalah bagi memberi gambaran sepintas lalu mengenai penyalahgunaan dan ketidakadilan yang menjejaskan semua rakyat Malaysia, latar belakang sejarah kes ini, pembabitan (pembiaya litigasi) Therium dan kejayaan penting yang dicapai Malaysia dalam mahkamah Eropah.

Penipuan Kumpulan Sulu membangkitkan kebimbangan antaranya kepentingan mendukung etika, integriti, profesionalisme dan amalan baik dalam kalangan penimbang tara antarabangsa, sebagai batu asas kepada timbang tara yang sah.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu dalam menangkis tuntutan Kumpulan Sulu dan membina asas kefahaman dalam perjuangan perundangan ini sama ada menerusi laman sesawang kes Malaysia-Sulu atau e-buku ini.

E-buku ini akan diedarkan kepada semua duta di Malaysia dan duta besar Malaysia di seluruh dunia.