Input your search keywords and press Enter.

BAP Ringankan Beban Ibu Bapa

M Update, 13/02/2024 – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid yang telah disalurkan bermula Januari lepas secara sekali bayar, banyak meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dalam membuat persiapan bagi sesi baharu persekolahan bulan depan tambah pula bulan Ramadan dan Syawal bakal menyusul selepas itu.

Tidak semua ibu bapa mampu untuk membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan baharu. Ini ditambah lagi jika barang itu jenis berkualiti, memang mahal, kasut dan seluar sukan sahaja sudah mencecah puluhan ringgit.

Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Semua pelajar layak untuk menerimanya.