Input your search keywords and press Enter.

Kes Zayn Rayyan – Ganjaran Tidak Jejaskan Siasatan

M Update, 13/02/2024 – Ketua Polis Negara menegaskan bahawa ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, sama sekali tidak akan mengganggu siasatan kes berkenaan.

Ganjaran itu adalah sebagai usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.

Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha memastikan individu terlibat dalam kes terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan – Timbalan Pengerusi MCPF Selangor Datuk Seri A. Thaiveegan

Arwah adik Zayn Rayyan dipercayai dibunuh pada 6 Disember 2023, susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.