M UPDATE, 15/02/2024 – Semua pihak harus hormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Empat isu sedang diteliti Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk gubal undang-undang Islam.
Jawatankuasa khas diberi tempoh setahun kemuka cadangan kepada MKI, sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenan.
Ahli politik jangan ambil kesempatan politikkan isu libatkan Islam sehingga jadi modal persengketaan yang tiada berkesudahan.
Sultan Selangor seru umat Islam bertenang, tidak buat kecoh dan tunggu cadangan Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN gubal undang-undang Islam.