Input your search keywords and press Enter.

LHDN Perhati Individu Simpan Wang Luar Negara

M Update, 16/02/2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memantau maklumat individu yang menyimpan wang di luar negara dan memastikan mereka membayar cukai. 

Penelitian tersebut dibuat berdasarkan maklumat diterima secara berkala daripada pihak berkuasa cukai seluruh dunia. Semakan dan risikan akan dilaksanakan bagi memastikan cukai telah dibayar terhadap simpanan yang berada di luar negara sekiranya simpanan tersebut berpunca atau hasil daripada aktiviti di dalam negara. 

Jika ada indikasi ketidakpatuhan cukai kes akan disalurkan kepada pasukan audit dan siasatan untuk tindakan lanjut.

LHDN juga akan menyemak akaun luar negara serta aset individu berkenaan dalam negara sebelum membuat perbandingan dengan pengisytiharan cukai. 

Jika ia macam tidak setimpal dengan aset dan pendedahan, semakan lanjut akan dibuat untuk perkara-perkara tersebut.