Input your search keywords and press Enter.

Gabenor Bank Negara Perlu Jawab Prestasi Ringgit

M Update, 20/02/2024 – Semua soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) – PM DS Anwar Ibrahim

Mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini. Pada 9 pagi tadi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup semalam.

Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.

Ringgit hanya berada dua peratus lagi untuk mencecah RM4.8850 setiap dolar AS, paras kali terakhir dilihat pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau. Mata wang tempatan telah jatuh hampir empat peratus tahun ini.

Walaupun Malaysia masih mencatatkan lebihan akaun semasa, nisbahnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah jatuh kepada paras hampir terendah dalam tempoh 20 tahun, mengehadkan sokongan untuk mata wang.