Input your search keywords and press Enter.

PADU Digodam Adalah PALSU

M Update, 20/02/2024 – Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, telah mengesahkan bahawa dakwaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) digodam adalah PALSU.

Pihak PADU sudah membuat penafian mengenai penyebaran maklumat berkenaan menerusi aplikasi X, semalam. Maklumat yang disebarkan itu tidak benar sama sekali.

Pihak PADU menegaskan tidak akan berkompromi terhadap keselamatan data rakyat dan menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih.