Input your search keywords and press Enter.

Aidilfitri: Tempoh 3 Hari Harga Maksimum Tiket Penerbangan Tidak Cukup

M Update, 26/02/2024 – Seperti yang diumum, kerajaan telah menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Walaupun ia tidak menyelesaikan keseluruhan masalahnya, namun dapat membantu lebih ramai perantau pulang ke kampung masing-masing.

Namun, ia perlu dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu – Persatuan Pengguna Sabah.

Ini supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga negeri, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan serta tidak melambung tinggi, seterusnya berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya.

Tempoh tiga hari yang ditetapkan bagi melaksanakan harga maksiumum tiket penerbangan untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri itu juga, dilihat tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.

Waktu yang dicadangkan ialah seminggu sebelum Hari Raya dan seminggu selepas Hari Raya. Jai mana-mana yang tidak dapat bercuti (sebelum) Hari Raya akan pulang (ke kampung) selepas itu.