Input your search keywords and press Enter.

Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

M Update, 27/02/2024 – Persidangan Dewan Rakyat hari ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya ikrar Rukun Negara dilafazkan Ahli-ahli Parlimen sejurus persidangan bermula. Bacaan ikrar tersebut diketuai Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Perpaduan Negara susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai tahun 2023 supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh di Dewan Rakyat.

Setiap ahli Dewan Rakyat perlu mempamerkan kematangan semasa berucap atau berbahas sambil menyatakan beliau dan timbalannya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Tindakan tegas akan dikenakan termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari terhadap mereka yang melampaui batas ketika bersidang.