Input your search keywords and press Enter.

Selangor Bakal Berdepan Kemarau

M Update, 27/02/2024 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap negeri ini bersedia mendepani cabaran perubahan iklim seperti musim kemarau.

Rakyat digesa menggunakan air harian secara cermat dan berhemah bagi menyumbang kepada peningkatan simpanan air semasa.

Walaupun ketika ini bekalan air bersih masih mencukupi namun, wajar ada persediaan untuk menghadapi cabaran perubahan iklim seperti musim kemarau. Tahap kesedaran terhadap penggunaan air secara berhemah di kalangan rakyat masih rendah hingga menyebabkan kadar penggunaan domestik yang tinggi dianggarkan sebanyak 215 liter seorang sehari.