Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini


KUALA TERENGGANU, 1 Okt — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri) berucap pada perasmian Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Bukit Besar hari ini.
Kompleks SPRM yang dibina di atas tanah seluas 3.41 hektar mula beroperasi pada 15 Julai 2019 dengan kos RM38 juta.
Kompleks yang mempunyai tiga blok turut dilengkapi dengan kemudahan bilik rakaman percakapan saksi, bilik video interviewing room (VIR), lokap, bilik gerakan operasi (BGOS), dewan seminar, gudang sita dan bilik kawad cam.
– fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


M Update, 27/02/2024 – Semua penjawat awam akan dinilai menggunakan sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) bermula tahun ini – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan. DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

DEEP ialah kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguhan pegawai laksana tanggungjawab diberikan. 

Penilaian tepat dan adil adalah penting untuk memberikan impak kepada perkhidmatan awam.