Input your search keywords and press Enter.

LHDN Kena Tegas!!

M Update, 01/13/2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu melaksanakan tugas mengutip cukai dengan lebih tegas, tanpa mengira kedudukan sesebuah syarikat atau pangkat sesorang individu.

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim tidak mahu ada syarikat atau individu yang merasakan kedudukan dan pengaruh mereka membolehkannya terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.

LHDN perlu tegas! Jangan bagi muka atau berlembut dengan yang paling maha kaya daripada terselamat daripada tindakan akibat tidak membayar cukai. Mesti ada kesungguhan dan keberanian daripada anda semua, tidak kira apa kedudukan atau pangkat individu tersebut.