Input your search keywords and press Enter.

Sistem Saraan Baru Tak Rugikan Penjawat Awam

M Update, 05/03/2024 – Kerajaan memberi jaminan sistem saraan baharu yang akan diperkenal kelak tidak merugikan penjawat awam lantikan baru. Sistem baru itu akan dipastikan mempunyai elemen yang dapat menarik bakat terbaik negara supaya berminat untuk masuk dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Kerajaan mengambil keputusan untuk mengkaji sistem saraan baharu bagi mengoptimumkan pengambilan dan pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam melalui kaedah lantikan baharu yang sedang dirangka.

Kaedah pelantikan yang sedang dirangka akan dipastikan tidak merugikan penjawat awam lantikan baharu.

Pemansuhan skim pencen kepada kakitangan kerajaan lantikan baru tidak akan mengurangkan permohonan pekerjaan di dalam sektor kerajaan.