Input your search keywords and press Enter.

TH Tambah Baik Bantuan Haji Bersasar

M Update, 05/03/2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mempertimbangkan untuk menambah baik proses mengklasifikasikan bakal jemaah haji bagi tujuan pemberian bantuan kewangan haji bersasar.

TH akan meneruskan inisiatif bantuan itu dari tahun ke tahun kepada golongan paling memerlukan, selaras hasrat kerajaan untuk menstruktur semula bantuan secara bersasar.

Dasar klasifikasi pendapatan bagi jemaah haji yang terpilih mengikut kategori B40, M40 dan T20 adalah berasaskan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data kerajaan sedia ada seperti 2022 dan 2023 lalu.

Dasar penetapan kadar bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji 1443H/2022M sebelum ini sudah diteruskan lagi untuk musim haji 1445H/2024M.

Kadar bantuan kewangan haji yang ditetapkan bagi setiap jemaah haji adalah berdasarkan kategori pendapatan individu masing-masing dan bukannya berdasarkan pendapatan isi rumah.