Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Suarakan Usaha Bantu Palestin

M Update, 06/03/2024 – Malaysia kekal pendirian mahu bantuan kemanusiaan terhadap mereka yang memerlukan di Palestin terus disediakan selain menubuhkan mekanisme untuk memastikan perlindungan bagi rakyat Palestin.

Kita telah menyuarakan 6 usaha yang membabitkan isu Israel-Palestin yang perlu terus diperjuangkan, termasuk gesaan gencatan senjata kekal untuk segera dilaksanakan.

Kita menggesa supaya ‘kekebalan’ Israel ditamatkan, selain Israel perlu bertanggungjawab atas jenayah peperangannya terhadap kemanusiaan seterusnya menggesa semua negara supaya tidak memberi bantuan kepada Israel yang menafikan hak rakyat Palestin dan pendudukan di wilayah Palestin.

Kita juga menggesa untuk kerjasama antarabangsa tanpa syarat dan akses kemanusiaan tanpa halangan untuk bantuan sampai ke Gaza.

Usaha ke enam ialah memulakan semula proses keamanan yang membawa kepada penubuhan dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka serta kemasukan Palestin sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).