Input your search keywords and press Enter.

2 Cedera Akibat “Sotong “

M Update, 07/03/2024 – Amat memeranjatkan apabila 2 orang pengunjung cedera selepas ‘terhumban’ daripada permainan di pesta ria ‘funfair’ berhampiran Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Mangsa lelaki dan wanita tersebut dipercayai terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ ketika sedang bergerak.

Sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.