Input your search keywords and press Enter.

2 Lawatan PM Berturut-turut

M Update, 07/03/2024 – Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Melbourne ke Canberra yang menjadi sebahagian daripada lawatan rasmi berturut-turut beliau ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri, Anthony Albanese.

Pesawat khas membawa Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendarat di Lapangan Terbang Canberra kira-kira 12.32 tengah hari waktu tempatan (9.20 pagi waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan rasmi selama sehari.

Di Canberra, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menyampaikan syarahan umum di Australian National University (ANU).

Seterusnya, Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Jeneral Komanwel Australia Tuan Yang Terutama Jeneral David Hurley, di Government House.

Australia adalah rakan kongsi rapat dan penting bagi Malaysia yang menyaksikan kedua-dua negara menjalin kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keselamatan siber serta sains dan teknologi.