Input your search keywords and press Enter.

Bantuan Kewangan Untuk Usahawan

M Update, 08/03/2024 – Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.

Para usahawan hanya perlu menghubungi pejabat khidmat kawasan Parlimen masing-masing untuk membantu dalam proses permohonan. Kaedah permohonan bantuan juga telah dipermudahkan sejak tahun lalu.

Contoh, kalau dulu TEKUN, permohonan pinjaman perlu isi 17 dokumen tapi sekarang kita kurangkan kepada empat dokumen sahaja, iaitu lesen perniagaan, gambar premis perniagaan, kad pengenalan dan penyata bank.

Dengan ini proses permohonan bantuan menjadi lebih mudah dan tidak rumit.